11 Disember 2012 Selasa~final digital 8.40pg-10.40pg~
malam sebelum final tu aku dah study betul2 dah faham semua. bila masuk dalam kelas untuk jawab final,bila buka saja ketas soalan terus aku lupa semua apa yang aku study. sebelum tu aku dah buat persiapan utk final tp kenapa masa hendak menjawab aku jadi "blur", KENAPA ?!!!!!!!!!
aku tak tahu apa nak dibicarakan, aku hanya berdiam diri sahaja melihat telatah ,gelak tawa budak2 kelas aku. aku tak mampu tersenyum seperti mereka, oh analog, huuwwaaaaa~... pada petang ini pula final digital, ya Allah, mcm mana nie, analog dah hancur! ya Allah ,Engkau permudahkanlah untuk aku dan kawan2 aku menjawab final , aminn~wahai hati,tabahlah kamu menghadapi setiap cobaan dunia ini, janganlah kamu mudah berputus asa dengan kegagalan ini, kamu jadikanlah kegagalan ini sebagai jalan untuk kamu berjaya, gagal untuk kamu sekali tidak bermakna ia gagal selamanya, kamu bertawakallah kepada penciptamu, wahai hati,janganlah kamu lemah untuk terus berusaha mencapai niat kamu itu, wahai hati, kamu ingatlah, Allah sentiasa bersama kamu, wahai diriku, janganlah kau mudah kecewa, kuatkanlah dirimu agar kamu dapat menempuh dugaan seterusnya. wahai hati,yakinlah pada diri kau, kuatkanlah semangat kamu. masih ada masa untuk kamu berusaha. jangan pernah berhenti untuk mencuba.. usaha dan usaha lagi sehinggalah tercapai niat dihati.. ikhlaskan hati~
No comments:
Post a Comment