Assalamualaikum Sayang,
Aku dan Dia. Dalam ramai-ramai insan yang bergelar lelaki, hanya dia yang aku mahu, walaupun ramai lelaki yang inginkan hati aku ini, tapi dia tetap menjadi tamu tetap dihati aku. Tak ada sesiapa pon boleh ambil tempat dihati aku kecuali dia. Ye, memang kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi, tetapi, aku percaya dia adalah untukku. Setiap yang berlakukan antara kami seperti ada sesuatu yang tidak diduga. Selalu sahaja ada persamaan yang tidak dirancang, walaupun aku cuba menganggap dia sebagai seorang kawan tapi hati aku tak boleh menerima kenyataan tentang situasi sekarang. Dia untukku dan aku untuk dia. Jika benar dia menyayangi diri ini lagi dia pasti akan mencari aku dikala dia kesepian.
Mulai dari sekarang aku takkan ganggu dia lagi, biarlah Allah yang tentukan sama ada dia masih sayang aku ataupun tidak. Tepat 9:32 PM 22-12-2012 itu lah mesej text terakhir aku untuk dia. Mesej yang diakhiri dengan "Assalamualaikum" itu akan mengakhiri semua kekacauan yang aku lakukan pada dia.
Aku harap, dia akan hidup tenang , gembira, ceria tanpa aku. Walaupun sangat berat untuk aku lakukan ,tapi dengan terpaksanya aku perlu jugak lakukan ini kerana inilah satu-satunya jalan untuk membahagikan dia.
Allah itu Maha Adil.
Andai dia adalah jodohku , pasti Allah akan mempertemukan aku dan dia disuatu hari nanti. Biarlah waktu sekarang aku meneruskan kehidupan ini dengan kekecewaan akan tetapi aku perlu sedar akan kehendaknya yang sebenar. Allah mempertemukan ku dengan dia mungkin untuk membuatkan aku menyimpan kerinduan yang amat dalam didalam hati ini. Andai ditakdirkan aku pergi dulu, akan ku sampaikan rinduku padanya melalui angin yang bertiup sayu. Betapa sayangnya aku pada dia sehingga tiada sedikit pon ruang untuk orang lain mencuri hati aku ini. Betapa istimewanya dia pada ku. Kehadirannya dalam hidup aku telah memberi banyak semangat untuk terus maju kehadapan , namun sejak dia meninggalkan aku, aku terus jatuh rebah kebumi kerana aku perlukan pimpinan dari dia. Dia adalah M******S*****N***** ..
Aku dan Dia
Wahai angin sampaikanlah salam sayang dan salam rinduku pada insan yang sangat aku sayangi dan cintai.
setulus hati aku mencintainya
seikhlas hati aku menyayanginya
tiada yang dapat memisahkan kita
sehinggal ajal datang menjemput
saya sayang awak
sampai mati
Assalamualaikum bakal imamku?
No comments:
Post a Comment