AKU BAGAI LAYANG-LAYANG BAGIMU

maRi-mAri..singgah la dulu...

Sunday, 9 December 2012

akan ku simpan semua kenanganku bersamamu


hari nie bertarikh 2 Disember 2012, aku telah memulangkan semua barang2 dia. pertemuan kami selama setahun di JMTi telah membuatkan aku terlalu mengharapkan dia , namun di JMTi juga berakhirnya perhubungan yang terjalin. bertarikhkan 2 Disember ini, berakhirlah segala2nya antara aku dan dia. aku redha dengan ketentuan ilahi. semua nie ujian kita sementara kita didunia ini. membuat keputusan yang tersangatlah berat bagi aku, memang membuatkan aku tercari2 akan kesudahannya. apa2 pon sekarang aku bangga kerana ada yang menyayangi aku sebelum nie. saat waktu berdetik masih lagi berjalan mengikut nada, tik tuk tik tik, membuatkan diri ini semakin berdebar, nervous apabila final kian hampir. selepas sahaja final berakhir aku akan pulang ke kampung tercinta, dan disaat itulah aku akan meneruskan kehidupan baru aku, aku akan buka buku baru untuk terus maju kehadapan dengan harapan yang aku pegang sekarang, iaitu, menginginkan segulung ijazah untuk aku bawa pulang kekampung dan sebagai hadiah untuk ibu tercinta.walaupun kita tak dak jodoh tapi, aku tak benci hang malah, aku akan jadikan hang sebagai inspirasi dalam hidup aku. aku akan jadikan hang sebagai guru aku, mungkin bagi hang , hang rasa hang bahagia bila aku buat keputusan lepaskan hang macam nie kan? tak pa lah, semuanya dah selesai dengan cara yang elok kan?..ya ALLAH macam mana la pointer aku untuk kali nie yer? hmm... final nie mesti buat yang terbaik..!!
disaat aku melepaskan engkau pergi, hati aku tertanya-tanya ,adakah engkau akan kembali pada ku suatu hari nanti?hati aku masih memerlukan cinta darimu. andai itu yang kau mahu juga, ku harap akan dikau datang menemui ku untuk bersama menjalani kehidupan dihari2 yang mendatang. andai ditakdirkan engkau tiada siapa yang menyayangimu ,aku sanggup menerima mu seadanya, carilah aku di antara bintang2 dilangit, dan carilah jernihan mutiara aku diantara hujan2 yang turun membasahi bumi.aku mendoakan setiap kebahagiaan bagimu, semoga engkau dapat mencapai impian dan memenuhi harapan keluarga mu. andai ditakdirkan kau adalah jodohku ,suatu hari nanti pasti ALLAH akan mempertemukan kita semula, dan andai kau adalah sahabatku yang baik ,kau didiklah diri ini ,tegurlah diri ini seandainya diri ini melakukan kesilapan. semoga awak baca luahan hati saya didalam dunia ilhamku ini... =)

No comments: