Assalamualaikum wahai BintaNg Hati yaNg di ciNtai sElaLu
Perjalanan yang jauh dari hati kehati yang lain telah membawa sesuatu yang luar biasa dalam diri aku. Seseorang yang bergelar lelaki telah memberi sebuah harapan kepada diri ini dengan bangganya dan penuh keyakinan. Adakah itu satu jalan yang patut aku tempuhi sebelum aku memenuhi impian pertama aku di sini? Aku hanya berserah kepada yang Maha Kuasa kerana aku hanya seorang hamba dan insan yang lemah dimuka bumi ini. Aku sedar setiap ujian yang datang kepadaku pasti akan aku tempuhi dengan hati yang tenang, aku memang seorang yang lemah namun aku juga seorang yang tabah dalam menghadapi segala rintangan dan halangan. Alhamdulilah setiap rintangan dan dugaan dapat aku lalui dengan baik. Bersyukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan aku sekeping hati yang penuh dengan ketabahan walaupun disebaliknya adalah kelemahan.
Aku. Seorang gadis remaja yang begitu lembap sekali. Apa yang aku belajar dan apa yang diajar oleh guru mahupun pensyarah aku sekarang ini, lambat untuk aku terima. Itu adalah salah satu dari kelemahan diri aku. Aku boleh membawa pergi lebih jauh dalam bidang ini tapi, otak aku tidak secepat student lain menerima ilmu yang disampaikan. Kadang-kadang tu aku malu dengan diri aku sendiri kerana aku tak setaraf dengan mereka. Aku juga terfikir layakkah aku berada disini bersama-sama mereka mengejar cita-cita , bertungkus-lumus demi mendapatkan diploma? Layakkah aku? Dalam pada masa yang sama , aku tidak boleh berputus asa kerana itulah satu-satunya peluang untuk aku buktikan pada orang-orang yang merendahkan aku bahawa aku juga boleh setaraf dengan mereka. Takkan kerana kelemahan aku ini, aku perlu berundur? takkan? Aku bertekad akan buat yang terbaik dan akan aku belajar bersungguh-sungguh demi masa depan aku.
Kehidupan seorang pelajar memanglah menghadapi tekanan. Kekadang tu sampai terpaksa ambil ubat dari farmasi. Lumrah seorang pelajar. Aku menghadapi pelbagai masalah sepanjang aku di sini, masalah dengan kawan-kawan, dengan senior dan lain-lain lagi lah.
Setiap orang menghadapi masalah, namun entah kenapa aku merasa masalah aku nie memang berat sekali walaupun dimata orang ini sekadar masalah budak sekolah, tetapi bagi aku ini amat serius sekali kerana melibatkan kehidupan yang akan datang. Apa-apa pon setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Tak habis dengan masalah lama, masalah baru pula datang dalam kehidupan aku, masalah CINTA. Hati aku dicuri oleh seorang insan yang tak pernah aku menduga kehadirannya dalam kehidupan aku, namun setelah setahun bersama dan melalui susah senang bersama, tiba tanggal 4 September 2012 takdir telah merubah segala-galanya. Pada tarikh itulah aku dan dia terpisah akan tetapi masih bersama. Dia melafazkan "saya lepaskan awak" dan pada masa itu lah aku jatuh dari kegembiraan aku. Tak diduga itu yang diucapkan kepada diri ini, disaat itu lemah sekali aku merasa sehinggakan aku terpaksa melalui kehidupan dengan berat sekali. Hampir saja aku membunuh diri tetapi, dengan keimanan aku yang ada ini , aku sedar akan dosa membunuh diri itu. Selama beberapa hari aku hidup dalam kesdihan yang teramat sangat dan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang terkandung didalam hatiku disaat itu. Betapa sedihnya aku tika itu seperti tiada arah tujuan lagi dalam hidup aku. Kenapakah dia melakukansedemikian terhadap aku? Aku kebingungan. Setiap malam aku menangis diatas tikar sejadah memohon petunjuk agar dikembalikan semula hubungan kami yang terputus itu, setiap malam aku menangis tanpa henti, sehinggalah kehari ini ,aku masih lagi mengenangkan seorang insan yang telah melukakan hati aku ini malah dia juga telah mengecewakan aku. Walaupun begitu aku masih lagi menyayanginya kerana hanya dia BINTANG HATI aku.
Dalam perjalanan yang lebih jauh ini, pelbagai cabaran yang telah aku tempuhi. Bermacam-macam halangan yang telah aku lalui namun dengan kekuatan diri ini aku boleh menempuhi setiap halangan-halangan itu.
Perjalanan hidup aku masih jauh. Takkan terhenti disini sahaja. Akan aku teruskan kehidupan aku ini lebih kehadapan demi mencapai cita-cita dan impian aku. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan aku ini, akan ku jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran dalam diri aku. Semoga aku dapat lalui kehidupan kehadapan dengan tenang , perjalanan yang berliku-liku inilah yang akan membawa aku kepada sebuah kejayaan. Hanya berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah yang dapat menguatkan dan dapat memberi semangat kepada kehidupan aku yang akan mendatang.
Setiap detik waktu berjalan akan menunujukkan kemanakah arah tuju yang patut aku lalui demi masa depan yang begitu cerah.
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment