aSsaLaMuaLaikUm waHai BiNtaNG HaTi keSaYanGaNkU
dalam menjalani kehidupan sehari-hari ku,aku mula menyedari akan apa yang perlu aku lakukan untuk mencapai cita-cita dan impianku.aku mulai ada keyakinan untuk meneruskan hidup tanpa dia disisi.kini baru kusedari kehadirannya hanya membuatkan aku lalai dan hanyut kedalam kemewahan dunia.apabila aku mulai merasakan apa itu kehidupan,aku merasakan seperti banyak waktuku terbuang begitu sahaja.terkadang aku sempat memikirkan akan apa yang telah aku lakukan dimasa lalu ku. dan membuatkan aku menyesali atas semua perbuatan aku yang mensia-siakan kehidupan aku.andai dapat kuundurkan putaran dunia, akan aku gunakan masa lalu ku itu sebaik mungkin,yap,mungkin ALLAH sedang menguji aku.disaat aku menyedari semua ini,aku mula memikirkan akan masa depan dan keluarga aku. aku pernah bernekad untuk membantu keluarga ku,namun apa yang aku lakukan hanya menyusahkan keluarga aku dan juga diri aku sendiri. sekarang ,akan ku cuba untuk berubah semampu aku. insya-Allah suatu hari nanti impian aku akan tercapai dengan adanya matlamat hidup dalam diri ini. aku hanya mampu berdoa dan bertawakal akan semua ini. hanya Allah yang tahu apa akan terjadi sebentar lagi dan juga hari2 yang mendatang.
hanya berserah kepada Allah..
aku juga mulai sedar akan keegoaan aku sendiri. maafkan aku wahai bintang hatiku yang kucintai kerana kehadiranku dalam kehidupanmu selama ini hanya membebankan mu, yer aku juga minta maaf atas keterlampauan aku terhadapmu. apa yang kamu bicarakan itu memang benar,aku terlalu lampau dengan sayang dan cinta sehingga pelajaran aku sendiri terabai. terima kasih wahai bintang hatiku kerana kamu telah mneyedari aku daripada terus hanyut didunia yang serba canggih ini. aku hanya cinta kau seorang. hmm..cinta?? sekarang tak penting bagi diriku.hanya yang aku inginkan adalah kejayaan,kecemerlangan,dan masa depan yang cerah. bintang hatiku, ku harap dikau juga tidak lalai dengan hasutan dunia ini, wahai bintang hati,janganlah kamu terlalu ego dalam membuat sesuatu keputusan, ku akan sentiasa ada untuk memberi sokongan padamu wahai bintang hatiku. engkaulah bintang telah memberi sinar harapan padaku. aku turut menyesali akan sikapku yang selalu mengganggu ketenteraman kehidupanmu. tidak akan ku mengganggu mu lagi setelah aku menemui jalan hidupku sendiri.apa yang penting kamu janganlah lalai walaupun sedikit kerana kelalaian mu itu akan membawa kamu ke alam menyesal seperti diriku sekarang ini.kamu lakukanlah yang terbaik akan kehidupanmu dan berilah kejayaanmu itu sebagai hadiah yang paling agung bagi ibumu.. hanya kamu bintang hatiku dan tiada sinaran lain yang boleh menyinari kehidupanku selain kamu..hargailah apa yang kamu ada sekarang agar kamu tidak menyesal dikala dia pergi suatu hari nanti.. wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment