AKU BAGAI LAYANG-LAYANG BAGIMU

maRi-mAri..singgah la dulu...

Saturday, 27 July 2013

betapa aku lemah disini

AsSaLamuALaikuM sAyaNg,

apa yang berlaku dalam diri dan kehidupan kita hanya kita sahaja yang tahu. tak ada siapa pon yang akan faham apa berlaku terhadap diri kita kecuali Allah swt. masa lalu kita mahupun kenangan2 pahit dan manis kita hanya diri kita saja yang memahami situasi itu. setiap masa2 yang dilalui pasti akan meninggalkan sebuah kenangan tak kira sama ada pahit atau manis. dalam menjalani kehidupan sehari hari kita perlu tahu yang kita tidak keseorangan walaupun sidia meninggalkan kita kerana kita masih mempunyai Allah yang setia bersama kita sampai kehujung dunia dan selamanya. setiap kenangan itu juga akan membawa sebuah perubahan yang lebih baik dari itu, jadikan masa lalu kita sebagai satu iktibar ataupun pengajaran untuk kita terus hidup dan terus berusaha. mungkin dimasa lalu kita gagal , dan jangan menganggap kegagalan dimasa lalu itu memusnahkan masa depan kita malah anggap lah itu sebagai satu ujian sebelum kita mendekati kejayaan. walaupun kadang2 kita rasa macam dah tak mampu untuk teruskan hidup dengan macam dugaan tapi sebaliknya kita perlu terima dugaan itu dengan hati yang terbuka.. kita perlukan semangat dan jangan sesekali terasa nak berputus asa.. kita kena kuat tabah dan sabar dalam menghadapi kehidupan didunia ini.

No comments: