AKU BAGAI LAYANG-LAYANG BAGIMU

maRi-mAri..singgah la dulu...

Saturday, 27 July 2013

betapa aku lemah disini

AsSaLamuALaikuM sAyaNg,

apa yang berlaku dalam diri dan kehidupan kita hanya kita sahaja yang tahu. tak ada siapa pon yang akan faham apa berlaku terhadap diri kita kecuali Allah swt. masa lalu kita mahupun kenangan2 pahit dan manis kita hanya diri kita saja yang memahami situasi itu. setiap masa2 yang dilalui pasti akan meninggalkan sebuah kenangan tak kira sama ada pahit atau manis. dalam menjalani kehidupan sehari hari kita perlu tahu yang kita tidak keseorangan walaupun sidia meninggalkan kita kerana kita masih mempunyai Allah yang setia bersama kita sampai kehujung dunia dan selamanya. setiap kenangan itu juga akan membawa sebuah perubahan yang lebih baik dari itu, jadikan masa lalu kita sebagai satu iktibar ataupun pengajaran untuk kita terus hidup dan terus berusaha. mungkin dimasa lalu kita gagal , dan jangan menganggap kegagalan dimasa lalu itu memusnahkan masa depan kita malah anggap lah itu sebagai satu ujian sebelum kita mendekati kejayaan. walaupun kadang2 kita rasa macam dah tak mampu untuk teruskan hidup dengan macam dugaan tapi sebaliknya kita perlu terima dugaan itu dengan hati yang terbuka.. kita perlukan semangat dan jangan sesekali terasa nak berputus asa.. kita kena kuat tabah dan sabar dalam menghadapi kehidupan didunia ini.

Wednesday, 17 July 2013

sepi

AsSaLamuALaikuM
kadang-kadang hidup nie rasa dunia kita yang punya tapi, kadang-kadang tu rasa hidup nie tak da apa-apa langsung. selalu telinga nie dengar hidup kita nie macam roda, kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat tepi dan kadang-kadang kat bawah. betul jugak tu. tp jgn biarkan hidup terus kt bawah je.
hidup aku nie rasa sunyi dan sepi walaupun kawan2 selalu bersama , family dekat dengan tapi tetap masih kesunyian dan kesepian. apa yang ak nak dalam hidup nie pon aku tak pasti. aku kebingungan. bingung dalam untuk memilih hidup. aku nak hidup aku sendiri, kehidupan yang bahagia tenang tanpa ada gangguan. aku rasa tak selesa disini tapi terpaksa lah bertahan untuk 6 bulan nie je. insya Allah aku boleh kot. kot je la. sambil2 layan lagu dadali - disaat sendiri teringat pulak kat blog aku nie, tu yang terus update nie. hari tu aku kat umah nak update juga tapi line internet lambat. terpaksa tangguh . alhamdulilah syukur aku dapat asrama untuk sem akhir nie. pointer aku pon naik la juga walaupun tak sampai 3 kan. kira alhamdulilah la sebab baik sikit dari sebelum nie. insya Allah sem aku cuba untuk naikkan lagi pointer ak nie.
sekarang dah pon bulan ramadhan.. hari nie dah 8 ramadhan pon. cepatnya masa berlalu. lepas nie nak raya la pulak. baju raya tak beli lagi nie. hehe. nak beli baju warna apa ntah tahun nie. alhamdulilah tahun nie sambut 1 ramadhan dengan family, rasa happy sangat walaupun ada sikit rasa tak puas hati kan. memang happy sangat puasa kat kampung. anak perantauan la katakan tapi tak la jauh sangat pon. poyo ja lebih aku nie. tapi kali nie aku rasa lain ckit la ntah kenpa pon tak tau la. maybe aku nie banyak fikir sangat kot. ntah lah.
aduh..tiba2 malas nak tulis dah sebab bosan sngat la. hmm