AsSaLamuALaikuM sAyaNg,
Hidup ini umpama roda yang sedang berputar. Semakin hari usia kita semakin meningkat, tapi masih ada lagi belum sedar diri. Ada juga yang masih mengingat untuk habiskan masa2 remaja atau nak 'enjoy' sementara masih muda ini. Ada juga yang cakap, nanti bila dah umur capai 80 ke baru la kita duduk atas sejadah. Astarfirrullah hal'azzim, macam tu sekali pemikiran anak muda zaman sekarang. Apa yang mereka fikir dengan kematian dan apa yang mereka fikir tentang kehidupan didunia. Manusia semua sama sahaja, tiada bezanya dimata Allah swt. kita semua hambaNya yang masih perlu banyak lagi belajar tentang dunia dan agama. Apa yang akan jadi bekalan kita bila kita nak pergi berjumpa dengan Allah kelak? Anak2 muda zaman sekarang tidak akan fikir akan soal itu. Apa yang mereka fikir hanya berseronok sementara usia masih muda ini. Dalam hidup ini kita perlu ada azam dalam diri dan perlu ada impian. Jangan hanya nak berseronok sahaja dan kita juga perlu membuat persediaan untuk hari kematian kita. Kita tidak tahu bilakan kita akan mati, jadi persiapkanlah diri dengan kehendak Allah. Aku juga belom masih sempurna dalam beribadat dan aku cuba untuk menyempurnakan ibadat aku kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan kerana kita gagal sekali kita dah menyalahkan takdir, bukan takdir yang salah sebaliknya kita yang tidak berusaha untuk berubah. Usaha dan niat itu penting untuk kita melakukan sesuatu conthnya belajar , sembahyang , atau apa2 lagi yang berkaitan. Dalam menjalani kehidupan seharian ini, macam boleh terjadi pada diri kita, kita tidak tahu apa yang akan berlaku sebenttar lagi mahupun beberapa minit lagi, kita tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang boleh menentukan apa yang akan terjadi dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yng akan terjadi. AKu juga insan biasa , yang masih lagi mencari ilmu untuk dibawa bersama ke liang lahat esok lusa. Hidup aku pun tidak lama, entah esok lusa sampai seru aku dipanggil tuhan, siapa tahu kan.
Aku sering kali gagal dalam pelajaran dan aku juga kadang2 tu putus asa sebab gagal.. Aku pernah bernekad dah tak nak putus asa tapi aku tetap berputus asa apabila gagal dalam pelajaran. Tapi sekejap sahaja. Aku akan cuba semampu aku untuk terus mengejar kejayaan kerana aku adalah harapan keluarga. Aku ingin hadiahkan kejayaan aku pada ibuku dikampung. Insya Allah aku akan cuba semampu yang boleh. Beberapa hari yang lepas aku ada presentation utk projek akhir tahun aku. Aku gagal dalam presentation tersebut. Aku tension yang teramat sangat dan aku tak dapat menahan sebak, terus air jernih mengalir dipipi aku. Aku tak duga akan jadi seperti itu. Aku sedih sangat dan masa tu aku rasa hidup aku gelap, tiada apa lagi yang harus aku teruskan, aku dah gagal. Dalam masa yang sama tubuh aku menjadi lemah sangat tiada semangat lagi utnuk berdiri aku terus menghilangkan diri dan menyendiri ditempat yang sangat sunyi. Disaat itu hanya Allah swt sahaja yang tahu bagaimana lemahnya diri aku. Tiada siapa yang pedulikan aku pada masa itu. Aku membiarkan mereka . Memang waktu itu aku tidak mahu diganggu oleh sesiapa pon. Aku seperti sudah tidak mengenali diri aku sendiri pada saat itu. Kenapa aku boleh gagal dalam perbentangan itu. Aku sangat kecewa dengan diri aku sendiri. Kenapa aku tak boleh buat yang terbaik untuk semua orang. Kenapa aku bodoh sangat. Bermacam-macam soalan dan tekaan dalam fikiran aku sehingga aku tidak dapat berfikir apa2 dan akhirnya aku pengsan seorang diri tiada siapa yang tahu. Dengan air mata ini aku tak dapat nak buat semua orang bangga dengan aku. Mungkin ini adalah ujian dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini. Mungkin ini sebagai pengajaran untuk diri aku. Aku hampir2 mengalah dan berserah. Aku hampir2 berhenti dari belajar. Tapi bila difikirkan balik, kegagalan lah yang akan membawa kita kepada kejayaan. Kenapa aku harus mengalah , kenapa aku mesti berserah, kenapa aku mesti mengundurkan diri sedangkan aku nak buktikan kat semua orang yang aku mampu mencapai impian ibuku. Aku mampu untuk berjaya. Semua orang yang berjaya diluar sana juga pernah merasa saat kegagalan. Kegagalan tu tak semestinya kita bodoh. Orang yang pandai pon kadang2 gagal juga. Aku ingin mencapai sesuatu yang amat berharga buat ibuku iaitu kejayaan aku.
Andai diberi peluang dan ada rezeki aku inginkan segulung ijazah. Aku pernah bernekad dalam diri aku akan membawa pulang segulung ijazah untuk ibuku. insya Allah...
No comments:
Post a Comment