i.
Dalam percintaan kita perlukan kejujuran dan keihklasan dari
hati setiap pasangan, setiap hati mestilah ada ketulusan supaya hubungan tidak
hancur begitu sahaja malah, perlu bertolak ansur antara satu sama lain. Kadang
kala perpisahan berlaku akibat daripada pasangan yang tidak dapat bertolak
ansur antara satu sama lain dan tidak ikhlas dalam percintaan atau sesuatu
hubungan itu. Kita sebagai mnausia juga perlukan kesabaran dalam diri agar kita
dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan tenang. Dalam pada masa yang sama
kesetiaan dalam sesebuah hubungan itu sangat penting kerana seandainya tidak
setia pada pasangan kita, ia akan meendatangkan kesan yang snagat buruk seperti
berlakunya pergaduhan yang besar yang akan membawa kepada perpisahan dan ini
akan membuatkankan salah seorang mengalami tekanan yang tingggi risikonya amat
berat berkemungkinan juga salah seorang darinnya akan melakukan sesuatu yang
diluar jangkaan seperti membunuh diri atau sebagainya yang akan menyeksa
dirinya. Dengan adanya kesetiaan , kejujuran dan keihkalasan hati, sesebuah
hubungan itu akan menjadi baik dan akan bahagia jika dijaga dengan bak. Setiap
orang mestilah faham tentang cinta sejati yang seringkali disebut tetapi tidak
tahu apa itu cinta sejati. Dalam menjalani kehidupan yang serba canggih
sekarang juga janganlah terlalu percaya dengan intrnet yang mengeluarkan
bermacam-macam statement yang mungkin tidak benar tentang cnta. Remaja sekarang
lebih terpengaruh dengan laman social iaitu facebook dan terlalu percaya dengan
cinta muka buku kononya. Kita perlu lebih berhati-hati dengan semua ini kerana
mungkin saja kita sedang ditipu atau kita sedang dipermainkan.
ii.
Inilah yang dikatakan kehidupan. Setiap orang takkan lari
dari berbuat kesilapan atau masalah, setiap orang pasti ada masalah tersendiri,
tidak kiralah sama ada masalah itu kecil atau besar. Kadang-kadang tu orang
cakap setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ye , memang benar setiap apa
yang terjadi kat dunia ni pasti ada hikmah, kita hanya perlu bersabar dengan
ujian Allah dan perlu terimanya dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang juga
ada masalah yang sukar untuk diselesaikan. Bagi dunia remaja mungkin masalah
“cinta” menjadi masalah yang besar bagi mereka. Apa pun dugaan yang kita hadapi
di dunia ini mahupun masalah cinta atau masalah lain, kita perlu tabah
menghadapi semua ni. Andai kata tiada jalan penyelesaian janganlah kita
melakukan hal-hal yang dilarang, malah kita perlu cuba untuk mencari jalan
penyelesaian, dengan cara minta pada Allah yang maha kuasa. Setiap orang
menginginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Namun , kebahagiaan tidak
mudah untuk kita kecapi bak kata pepatah, berakit-rakit kehulu, berenang-renang
kemudian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Dalam kehidupan kita
seharian memang banyak dengan masalah , bohong la kan kalau ada orang yang tak
ada masalah langsung kan? Tapi, setiap masalah tu kita perlu bahawa itulah
halangan sebelum kita mencapai sesuatu yang kita inginkan. Ia juga boleh la
dikatakan sebagai ambil pengajaran dari apa yang berlaku dalam hidup kita ni
supaya dimasa hadapan kita tidak lagi melakukan kesilapan yang sama berulang
kali. Tak mungkin untuk semua orang mendapatkan kehidupan yang sempurna kerana
setiap manusia tidak sempurna dan sama sahaja dihadapan Allah.
iii.
Dalam hidup ni kita perlu banyak
bersabar supaya setiap yang berlaku dalam hidup kita dapat hadapinya dengan
tenang. Semua orang tahu kita ada tahap
kesebaran tersendiri tetapi, janganlah kita ego atau janganlah terlalu ikutkan
perasaan kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita kelak. Dalam apapun
keadaan ,kita sebagai hamba ALLAH , kita perlu sedar bahawa setiap apa yang
berlaku dalah kehidupan kita itu adalah ujian dan jangan kita mengeluh dengan
ujian ALLAH itu malah kita perlu memohon petunjuk agar dimudahkan segala urusan
kita didunia ini. Kita perlu tahu juga ALLAH sentiasa bersama kita mahupun kita
sedang dalam kesusahan atau senang Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya
yang memerlukan. Kita hanya mahkluk-Nya dan tidak sempurna, kita perlu banyak
beribadat untuk dekatkan diri kepada ALLAH supaya hati kita lebih tenang dalam
menjalani kehidupan ini. Kita perlu ingat juga , ALLAH tidak akan meninggalkan
hamba-Nya yang dalam kesusahan , oleh itu apapun yang terjadi kita tidak perlu
takut atau mengalah kerana ALLAH sentiasa melihat apa yang terjadi dan Dia
lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita gagal sekarang itu tidak
bermakna kita tidak boleh Berjaya , malah kita perlu jadikan kegagalan itu
sebagai pintu utama untuk kita sampai ke pintu kejayaan yang sebenar.
iv.
Disini aku mencari akhirnya aku
temui kuntuman asmara berbunga dihati kau dan aku berjanji dan ternyata sudah
apa yang di cinta terbalas pun tak ada dusta dan terusik hati berserak rasa
sebalik kilauan mutiara inilah erti pengorbanan kasih yang kuberikan kisah
hidup yang masih panjang kucari jalan kesudahan satu impian dan ternyata sudah
apa yang di cinta terbalas pun tak ada dusta dan terusik hati berserak rasa sebalik
kilauan mutiara inilah erti pengorbanan kasih yang kuberikan kisah hidup yang masih panjang kucari jalan kesudahan
satu impian.
v.
Rahsia. Walaupun disimpan dengan
baik, ia tetap akan terbongkar juga bila tiba masanya. Ada rahsia yang perlu
disimpan dengan baik dan ada rahsia yang perlu dikongsi bersama seseorang yang
sangat dipercayai, tak kira lah , ibu kea tau kawan karib itu terpulang pada
diri masing-masing, namun, kita perlu tahu juga bahawa rahsia bias saja
terbongkar dengan sendirinya apabila kita lalai atau ada sesuatu yang akan
membuatkan rahsia itu diketahui oleh sesiapa sahaja. Setiap orang pasti
mempunyai rahsia, dan setiap rahsia itu pastinya disimpan dengan baik kerana
rahsia itu seperti amanah. Walaubagaimana pun kalau Allah ingin menunjukkan
bahawa rahsia itu tidak perlu disimpan lagi , maka terbongkarlah sebuah rahsia
yang tersimpan kian lama. Tapi, kadang-kadang tu walaupun berat dan membebankan
apabila menyimpan sesebuah rahsia, namun tetap akan tersimpan didalam hati dan
dipendamkan kerana ia adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan. Mungkin pembaca
tak berapa mengerti akan kenyataan ini, namun itu lah rahsia. Bak kata pepatah
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Dalam masa yang sama
juga, rahsia itu sering dikatakan rahsia biarlah rahsia, ye mungkin benar
biarlah rahsia, kerana ada juga rahsia yang tidak terbongkar sebabnya,
seseorang yang menyimpan rahsia itu meninggalkan dunia, maka rahsia itu tidak
akan pernah diketahui melainkan dia berkongsi rahsia itu dengan orang lain.
Dalam kata lain, simpan lah rahsia selagi termampu dan janganlah mengkhianati
orang lain sekiranya tidak mampu untuk dipendamkan maka, berkongsilah rahsia
bersama insane yang benar-benar boleh dipercayai sampai mati.
vi.
Kadang-kadang kita akan merindui
orang yang dah lama tinggalkan kita, walaupun kita mengatakan bahawa kita benci
pada dia , tapi dalam hati kita masih lagi menyayanginya. Mungkin semua orang
akan cakap masa lalu jangan dikenang lagi, tetapi masa lalu itulah yang member
kita semangat untuk terus maju kehadapan. Betul tak? Apabila kita mengingati
masa lalu, mesti kita akan tersenyum sendiri dan ketawa bahkan ada yang
menangis seperti diri saya sekarang. Walaupun dia telah mneyakiti hati kita,
tapi kita masih menyayanginya kerana kekuatan cinta yang terjalin sejak
mengenali insane yang begitu kita saying. Pada mulanya dia mengatakan cinta
kepada kita , tetapi setelah dia meminta untuk berpisah dengan kita dia akan
cakap bahawa dia berubah hati kot. Itu lah jawapan dari seorang lelaki yang
sangat saya saying. Walaupun dah lama terpisah , saya tetap menyayanginya
seperti kami masih bersama. Tetapi saya tidak mampu untuk menahan derita ini,
kerana sakit yang teramat sangat apabila dia mengecewakan kita, bukan sekali,
tetapi berkali-kali, dari situ kita akan belajar banyak tentang kehidupan
dewasa kerana semua itu akan mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan lebih dewasa dan dalam masa yang sama kita
juga perlu kuat untuk melawan kesakitan yang kita alami itu kerana bukan
seorang lelaki sahaja didunia ini dan bukan hanya seorang wanita sahaja kita
kena tahu bahawa semua ini adalah takdir dan kita harus percaya pada takdir
Allah. Dengan itu kita akan menjadi lebih yakin untuk teruskan hidup tanpa dia.
Betulkan? Kalau ditakdirkan Allah dia
adalah jodoh kita, dia tetap akan menjadi milik kita dengan kehendak-Nya. Andai
kata kita putus harapan kerana dikecewakan, janganlah kita mudah mengalah, dan
jangan tunjuk pada dia yang kita lemah, malah tunjuklah pada dia bahawa kita
mampu bahagia tanpa dia, dan jangan hubungi dia lagi, biar dia yang mencari
kita. Kalau kita saying pada dia macam mana sekali pon kita perlu bertahan dan
jangan terus mengejar dia, biarkan dia dengan dunia dia kerana mungkin bukan
rezeki kita. Allah maha mengetahui apa yang hamba-Nya inginkan kerana itu
janganlah berhenti berdoa, kerana suatu hari nanti pasti doa kita akan
termakbul. Amin ya rabbal ‘alamin.
No comments:
Post a Comment