AsSaLamuALaikuM... dan selamat pagi semua... sudah lama saya tidak membuka blog ini kerana kesibukkan yang tidak dapat dielakkan dan kerana tak da internet. Kini hampir sampai ke penghujungnya, saya sekarang berada di akhir semester 6 dan tinggal lagi satu minggu untuk saya habiskan belajar. Insya-Allah kalau rezeki saya disini, saya akan konvo bersama kawan2 saya. Doakan saya ye. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu, umur pon semakin meningkat dan hari demi hari berlaku perubahan yang tidak dijangka. Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Saya merasa selama saya tiga tahun disini bermacam dugaan yang saya hadapi, namun saya cuba untuk meneruskan hidup walaupun berputus asa, namun dengan adanya semangat dari ibu dan kawan2 saya, saya mampu untuk tamat kan pengajian saya ini walaupun tak sepandai yang lain tapi syukur alhamdulilah diberi peluang sebegini. Dalam apa jua keadaan sekali pun kita jangan sesekali lupa Allah. Banyak yang saya belajar tentang kehidupan tapi masih banyak lagi yang perlu saya belajar kerana masih mempunyai kekurangan lagi didalam diri saya. Saya sedar akan kekurangan diri ini dan saya tahu saya tidak berapa yakin dengan apa yang saya lakukan namun dengan meminta pertolongan dari Allah , insya-Allah saya pasti boleh.
Dalam kesibukkan untuk menghabiskan pengajian ini, tidak lupa juga bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Terasa begitu cepat sekali masa berjalan. saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua umat islam. Alhamdulilah bertemu lagi kita dengan ramadhan. Di awal pagi bertarikh 22 jun 2014 pada jam 3.58 pagi di rumah sewa flat taman seri delima , saya ingin memohon maaf jika saya ada terkasar bahasa atau ada yang menyakitkan hati semua yang tanpa saya sedari, saya harap kamu semua dapat maafkan keslahan saya dan dapat menerima saya sebagai saudara seislam kamu semua.insya Allah.