AKU BAGAI LAYANG-LAYANG BAGIMU

maRi-mAri..singgah la dulu...

Friday, 25 July 2014

saat harus memilih

AsSaLamuALaikuM...dan Salam Ramadan..BAGAIKAN TIDAK TERASA MASA BERLALU BEGITU PANTAS SEKALI. SEKARANG KITA SEMUA SUDAH HAMPIR DENGAN SYAWAL DAN RAMADAN BAKAL BERLALU PERGI. SETIAP PERJALANAN YANG KITA LALUI PASTI AKAN ADA SETIAP UJIAN YANG DATANG MENIMPA. DI TAHUN 2014 INI PERLBAGAI DUGAAN YANG DATANG MENIMPA KITA SEMUA.. PESAWAT MH370 HILANG DARI RADAR DAN SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DIJUMPAI. BUMI PALESTIN DI SERANG OLEH ZIONIS YANG TIDAK BERHATI PERUT. DAN BARU2 INI PESAWAT MH17 TERHEMPAS DITEMBAK JATUH OLEH PENGGANAS RUSIA-UKRAINE. ALLAHU AKBAR.. BERMACAM2 UJIAN YANG KITA LALUI. ALLAH LAGI MAHA MENGETAHUI. LEBARAN KALI INI TIDAK SEPERTILEBARAN SEBELUM INI. SAYU , SEPI, MENJADI TEMAN HIDUP DI LEBARAN INI. HANYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

kembali ke kisah aku pulak. memang sepi tak dapat beraya bersama buah hati yang disayangi selalu. sebab masing2 beraya bersama keluarga lagi.

perlu ka aku kenangkan kisah silam aku ?? namun begitu banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan. walaupun ak dah mula dengan kehidupan baru tapi kekenangan2 tetap tersimpan di sudut hati yang kecil. masuk syawal tahun ini genap setahun perpisahan yaƱg terjadi.  dan masuk 5bulan pertemuan dan perkenalan baru. kalau diberi peluang utk berjumpa dengan dia semula.. aku masih belum bersedia untuk bertemu dengannya dan sampai bila2 pon aku takkan pernah bertemu dengan orang yang dah menyakitkan hati aku. mungkin juga balasan untuk aku. aku terima dengan redha dan hati yang terbuka. aku ikhlaskan perpisahan yang terjadi. dan aku berharap pertemuan dengan insan lain diwaktu ini kekal . dengan izin Allah. aku juga berharap dia adalah anugarah dr Allah. insya Allah.

DISINI SAYA NOR SRI WATI BINTI MUSTAFFA INGIN MEMOHON MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA TERSALAH SILAP TER DAN TER2 LAIN. MOHON DIAMPUNKAN DAN SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Wednesday, 9 July 2014

ramadhan vs memory jmti

AsSaLamuALaikuM... dan Salam Ramadhan...
sekarang nie masuk bulan Ramadhan yang mula..Terasa begitu cepat masa berlalu. Dan Alhamdulilah bertemu lagi ak dengan Ramadhan tahun ini tapi bagi sepupu aku, tahun lepas adalah ramadhan terakhir bagi dia. Semoga dia tenang disana... Pelbagai cubaan dan dugaan yang aku tempuhi, akhirnya tamat juga pengajian aku di JMTi selama 3 tahun. Alhamdulilah dengan bantuan kawan2 dan juga pensyarah aku berjaya juga meluluskan fyp aku yang ke-empat kalinya present. Apa2 pun thanks semua. bila dah tamat nie.mula la nak pikir pasal keja tapi sebulan nie rehat dulu la lepas raya baru kerja. bila ada pertemuan pasti ada perpisahan, itu yang menjadikan kami semua sebak. maunya tak sebak 3 tahun brkawan n lepas abis terpaksa berpisah bawa haluan masing2. dengan kerjaya masing2. kalau ada jodoh kita semua pasti akan jumpa lagi. aku pasti akan merindui semua kawan2 aku yang susah senang bersama ...yang senang sama2 ada tapi susah tak dak... macam2 jenis kawan la yang aku jumpa kat jmti nie.. kenangan pasti dalam ingatan...insya Allah jika ditakdirkan Allah kita akan berjumpa lagi suatu hari nnt. RINDU HAMPA MEMBER JMTI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......

Sunday, 22 June 2014

maafkan saya

AsSaLamuALaikuM... dan selamat pagi semua... sudah lama saya tidak membuka blog ini kerana kesibukkan yang tidak dapat dielakkan dan kerana tak da internet. Kini hampir sampai ke penghujungnya, saya sekarang berada di akhir semester 6 dan tinggal lagi satu minggu untuk saya habiskan belajar. Insya-Allah kalau rezeki saya disini, saya akan konvo bersama kawan2 saya. Doakan saya ye. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu, umur pon semakin meningkat dan hari demi hari berlaku perubahan yang tidak dijangka. Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Saya merasa selama saya tiga tahun disini bermacam dugaan yang saya hadapi, namun saya cuba untuk meneruskan hidup walaupun berputus asa, namun dengan adanya semangat dari ibu dan kawan2 saya, saya mampu untuk tamat kan pengajian saya ini walaupun tak sepandai yang lain tapi syukur alhamdulilah diberi peluang sebegini. Dalam apa jua keadaan sekali pun kita jangan sesekali lupa Allah. Banyak yang saya belajar tentang kehidupan tapi masih banyak lagi yang perlu saya belajar kerana masih mempunyai kekurangan lagi didalam diri saya. Saya sedar akan kekurangan diri ini dan saya tahu saya tidak berapa yakin dengan apa yang saya lakukan namun dengan meminta pertolongan dari Allah , insya-Allah saya pasti boleh.
Dalam kesibukkan untuk menghabiskan pengajian ini, tidak lupa juga bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Terasa begitu cepat sekali masa berjalan. saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua umat islam. Alhamdulilah bertemu lagi kita dengan ramadhan. Di awal pagi bertarikh 22 jun 2014 pada jam 3.58 pagi di rumah sewa flat taman seri delima , saya ingin memohon maaf jika saya ada terkasar bahasa atau ada yang menyakitkan hati semua yang tanpa saya sedari, saya harap kamu semua dapat maafkan keslahan saya dan dapat menerima saya sebagai saudara seislam kamu semua.insya Allah.

Wednesday, 19 March 2014

aku bukan bidadari yang mampu puaskan hati semua orang

AsSaLamuALaikuM...
seorang lelaki yang pernah buat aku tersenyum disaat aku sedih, sekarang sudah menjadi milik orang lain. Aku redha dengan apa yang terjadi. sekarang dia sudah block aku dari hati dia. sesungguhnya aku tidak lagi mengharapkan dia kembali, yang ku harapkan agar dia berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
kadang2 sakit hati menyusuk kedalam jiwa kalau teringatkan apa yang dia telah lakukan, kadang2 rindu tak terkira yang hadir dalam hatiku. Aku cuba elakkan untuk merindui orang yang tidak lagi pedulikan ku.terima kasih atas apa yang telah dirimu korbankan untukku. walaupun pada awalnya terasa semangatku pergi bersamanya, aku lemah tak bermaya lagi, terasa tidak berguna hidup tapi Allah hadirkan seorang insan untuk mengisi kesunyian dan menemani ku disaat sedih. Aku rasa sekaranglah masanya untuk aku "block" dia dari hatiku seperti mana yang telah dia lakukan pada ku.

"aku bukan bidadari yang mampu puaskan hati semua orang"

aku hanya manusia biasa. kita semua hanya manusia biasa. tiada yang sempurna.

Sunday, 19 January 2014

rindukanlah

AsSaLamuALaikuM...

Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..
...............................................................................................................................

Saturday, 18 January 2014

KENAPA=-


Kehilangan orang yang kita sayang memang sakit dan susah untuk terima kenyataan itu, tapi kalau itu sudah ditakdirkan tuhan, kita tak boleh untuk menafikan hal tersebut. Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan akan membuatkan kita rasa seperti hidup ini satu bebanan tapi adakah kita sedar, ujian dari Allah adalah untuk mengajar kita erti kesabaran dan mengajar kita untuk tabah menerima semuanya dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan ilahi.
Aku sedar akan kekurangan diri aku ini, dan aku sedar dari mana asal usul diri aku ini. Tak akan aku lupa dari mana aku datang dan takkan aku biarkan hidupku terus dipermain dan ditindas. Aku merindui Allah swt dan Rasulullah, rindu sangat-sangat. Rindu ingin melihat wajah mereka. Aku hanya manusia yang tidak punya apa-apa dan aku tidak sempurna. Aku hanya hamba Allah.
Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hamba-Mu ini dalam menempuhi setiap ujian daripada-Mu.