AKU BAGAI LAYANG-LAYANG BAGIMU

maRi-mAri..singgah la dulu...

Friday, 29 March 2013

haruskah

AsSaLamuALaikuM sAyaNg,
Dikala dikau mencari cinta 
Aku memberi tetapi beku kurasakan 
Dikala aku dilamun cinta dengan dirimu 
Mengapa kau jauh dariku 

Tiada cinta di dalam dirimu 
Biarpun kau kata cinta padaku 
Tidak kau rasa getaran ini 
Tiada cinta lain sehebat cintaku 

Korus: 
Haruskah aku menanti cinta ini 
Kerna kau masih tak mengerti hati ku 
Tak perlu ku ucap 
Baby I love you so 
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku 

Haruskah aku menahan perasaan 
Tak sanggup kau bermain difikiranku 
Tak perlu ku ucap apa diimpikan 
Jadikan pengalaman cinta 
Kita berdua 

Setelah semuanya berlalu hatiku sepi 
Tertusuklah cinta ku ini 
Jikalau kau pergi dariku 
Aku bersendiri 
Mengapa kau begitu 

Tiada cinta di dalam dirimu 
Biarpun kau kata baby I love you 
Tiada cinta getaran ini 
Tiada cinta lain sehebat cinta ku 

Wednesday, 27 March 2013

FINAL YEAR PROJECT (FYP)

AsSaLamuALaikuM sAyaNg,

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, macam aku nie.. Sedar tak sedar aku semester 4, dah 2tahun aku kat JMTi nie. Alhamduilah la aku tak da masalah apa-apa tapi pointer aku yang bermasalah. Aku dah cuba sedaya upaya tapi itu yang aku mampu. Aku akan cuba lagi dan lagi. Aku tak akan berputus asa Malas tu biasa lah semua orang ada penyakit malas tu jadi tak pelik la kalau aku pon malas. hehe
Ok, sekarang nie aku serabut dengan FYP aku. Tak tau nak cakap macam mana, partner aku yang bermasalah, macam2 alasan yang dia lemparkan kat aku. Tension aku. Kawan2 aku suruh aku tegas ckit dengan minah nie.. Tegas macam mana pon dia tetap macam tu jugak. Penat ak macam nie. Adoi. tapi disebabkan kesabaran aku nie dan sifat keperimanusiaan aku nie, aku still buat fyp dengan dia. hari tu aku dah bincang dah dgn cik tu nak buat sorang tapi sebab aku kesian kat dia terpaksa la aku buat dengan dia jugak. Tak sampai hati pulak kan nak biar dia merana buat sorang2 kan. Mula2 tu aku putus asa jugak tapi aku kuatkan juga dri aku sebab aku tak nak keluarga aku kecewa dengan aku. Aku akan buat yang terbaik demi keluarga tercinta. Apa pon dugaan yang datang melanda aku tetap tabah. Lantak korang lah nak percaya ke tak yang penting diri aku. Aku pasti suatu hari nanti aku pon boleh berjaya. insya Allah. setiap kegagalan itu pasti ada kejayaan. Kegagalan itu lah jalan untuk kita menuju kejayaan. 
berbalik pada FYP aku. hmmm.. Malas nak cakap banyak2 sebab nanti kalau aku cakap jadi lain plak. So diam je lah. Semua aku dah cari bagi kat dia. Dia minta dan minta tapi satu hasil pon takdak. Bengang aku. adoi. sabar jelah. hmmm....
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Sunday, 24 March 2013

TERIMA KASIH SAYANG


AsSaLamuALaikuM sAyaNg,
hari nie hari yang dapat buat aku rasa tenang dan lupakan masalah yang melanda seketika. Aku pergi jalan dengan kekasih hati yang dicintai selalu.Walaupun pelbagaai dugaan yang melanda kami tabah menghadapinya bersama. Dengan kesabaran yang dikurniakan Allah swt kepada kami, Alhamdulilah kami dapat menyelesaikan masalah "pasir makan kereta di batu feringgi" pagi tadi. Hehehe... Pelikkan bunyi tu? ALkisah nak pendekkan cerita, kereta abg bunga aku tu terbenam dalam pasir, huhu , hah gelabah abg bunga aku tu.  Hehe. Lama jugak untuk keluarkan kereta tu daripada pasir tu, Kesian aku tengok cik abg aku tu, peluh menitik-nitik, tapi apa yang aku boleh tolong time tu, aku pun tak tau apa-apa. Tapi aku tolong jugak walaupun korek pasir je, hehe, aku tolong jugak tolak keta tapi tak gerak keta tu. huh.. Haha. aku dah cukup kuat kot macam Badang.. hahaaha. perasan lebih aku nie. hmmm.. kesian buah hati aku kepenatan masa tu . Lepas minta tolong dari orang2 kat situ baru kereta tuu dapat dikeluarkan dari pasir. Alhamdulilah kereta tu selamat dan kami pon selamat. hehe. ^_^
Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tapi terima kasih buat insan tersyang kerana sudi bersama aku satu hari suntuk. hidup kami nie dalam tak sedar kami susah senang bersama, ketawa bersama, menangis bersam.. susah nak jumpa orang macam buah hati aku nie. apa2 pon I LOVE U sayang.. hehe malas la nak cita banyak2... ttatata

Friday, 22 March 2013


AsSaLamuALaikuM sAyaNg,
Dah lama tak update blog nie, rindu sangat-sangat kat blog au nie. Pejam celik - pejam celik umur aku dah 19 tahun, 17/10 nie cukup la 20 tahun. cepatnya masa berlalu. Tahun demi tahun berlalu , bulan berganti bulan , hari berganti hari, dah 7 bulan aku dan shafiq terpisah. Bak kata orang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan, hati aku tetap bersabar menanti teman pengganti yang Allah telah sediakan untuk aku. Aku redha dengan perpisahan ini, disebalik semua nie pasti ada hikmahnya, kita cuma perlu terima ujian Allah nie dengan hati yang terbuka. Yup, aku memang sayangkan shafiq lagi tapi hati aku dah tertutup untuk dia, Aku tak akan terima dia lagi kerana itu kehendak yang maha kuasa. Aku tabah dengan semua nie, diuji setiap kali aku tersenyum. Senyum aku sentiasa berlinangan dengan air mata, namun walau apa pun yang terjadi aku tahu Allah tetap akan bersama hamba-Nya. Lama jugak aku bersedih dan aku tak nak berdendam.
Walaupun aku dan shafiq berpisah, tapi Allah telah menggantikan shafiq dengan fazuan. Walaupun pada awalnya aku tak dapat menerima fazuan tapi lama kelamaan hati aku terbuka luas untuk fazuan dan tertutup untuk shafiq. Hubungan aku dengan fazuan semakin baik, aku dapat merasakan kebahagiaan bersama fazuan, walaupun selalu bgaduh kami tetap bersama.
kekasih hati
Gambar nie kenangan kami di Pantai Merdeka, tu lah wajah jejaka yang telah mengubati luka dihati aku, >>tak hensem pon<< hehehe... ^^gurau-gurau je sayang^^
Harap hubungan tak jadi macam lepas-lepas, aku harap shafiq tak ulangi la perangai dia tu kat perempuan lain. Semoga dia berubah la, maaf ea fazuan, owg sebut nama shafiq lak lam nie.
Harap-harap abang dapat TUDM nah.. hehe 
Dalam dunia nie kita boleh kenal dengan bermacam-macam jenis orang, jadi berhati-hatilah dengan orang yang baru dikenali, aku nie jenis cepat percaya dengan orang , pastu mudah tersentuh dan mempunyai hati yang lembut.. hahaha... Aku jiwang gak kadang-kadang. Sekarang aku bahagia dengan fazuan. nk kata bahgia tu tak la bahagia sangat, just biasa2 je la, dalam diri seseorang pasti ada tersimpan sebuah perasaan yang sukar untuk diduga kan? seperti............................... hahaha.
Setiap pertemuan itu,
pasti ada perpisahan,
setiap perpisahan itu,
pasti ada tangisan.
setiap tangisan itu
pasti terselit sebuah senyuman
setiap senyuman itu
pasti tersimpan beribu rahsia
setiap rahsia itu
pasti ada kenangan
setiap kenangan pasti dihati
dihati nor sri wati
tersimpan banyak rahsia
^_^